Thursday, December 3, 2009

HAKIKAT DAKWAH ISLAM

Dakwah adalah usaha untuk menumbuhkan keterikatan kepada Islam. Menyeru kepada Islam bermaksud berusaha untuk menumbuhkan kecenderungan yang mendasar kepada akidah islamiyyah. Oleh karena itu dakwah Islam tidak hanya terbatas pada aktiviti lisan semata-mata, tetapi mencakupi seluruh aktiviti kehidupan dalam rangka menumbuhkan kecenderungan dan keterikatan kepada Islam. Dengan demikian, dakwah lslam seharusnya menjadi format setiap aktiviti yang ditumbuhkan dalam kehidupan manusia.

Konsekuensi seorang Muslim dengan dakwah Islam mengharuskan dirinya untuk memberikan "contoh yang hidup" dengan apa yang diserukanya melalui lisannya, sekaligus memberikan gambaran amal nasihat melalui keterikatanya secara benar dengan Islam itu sendiri.

Allah Swt berfirman:

ô`tBur ß`|¡ômr& Zwöqs% `£JÏiB !%tæyŠ n<Î) «!$# Ÿ@ÏJtãur $[sÎ=»|¹ tA$s%ur ÓÍ_¯RÎ) z`ÏB tûüÏJÎ=ó¡ßJø9$# ÇÌÌÈ

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku Termasuk orang-orang yang menyerah diri?" (QS Alfushshilat [41]:33)

šÏ9ºs%Î#sù äí÷Š$$sù ( öNÉ)tFó$#ur !$yJŸ2 |NöÏBé& ( ...ÇÊÎÈ

Maka kerana itu serulah (mereka kepada agama ini) dan tetaplah sebagai mana diperintahkan kepadamu(QS asy-Syura [42]: 15)

Menyeru manusia ke jalan Allah Swt. merupakan kewajiban sekaligus ibadah yang boleh membawa pelakunya untuk dekat (taqarrub) dengan Tuhannya. Dakwah juga mengajarkan pelakunya bahawa kedudukannya di hadapan Allah adalah sangat tinggi; Allah akan mengangkat kedudukannya di dunia mahupun di akhirat. Dakwah ke jalan Allah juga merupakan aktiviti terpenting dari para nabi. Mereka semuanya sentiasa menjalankan aktiviti dakwah. Melalui jalan dakwah juga mereka berupaya menegakkan agama Allah.

Allah Swt. berfirman:

ôs)s9ur $uZ÷Wyèt/ Îû Èe@à2 7p¨Bé& »wqߧ Âcr& (#rßç6ôã$# ©!$# (#qç7Ï^tGô_$#ur |Nqäó»©Ü9$# ( ÇÌÏÈ

dan sungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut (QS an-Nahl [16]: 36)

$pkšr'¯»tƒ ÓÉ<¨Z9$# !$¯RÎ) y7»oYù=yör& #YÎg»x© #ZŽÅe³t6ãBur #\ƒÉtRur ÇÍÎÈ

Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi, pembawa khabar gembira, pemberi peringatan, penyeru ke jalan Allah dengan izin-Nya, dan sebagai lampu penerang. (QS al-Ahzab [33]: 45).

Dengan demikian, Rasul kita yang mulia telah menyampaikan Islam dan memberikan nasihat kepada manusia, sekaligus menjadi saksi atas manusia melalui apa yang beliau dakwahkan di dunia. Dengan begitu, beliau pasti akan memberi kesaksian atas manusia dan akan meminta kepada Allah untuk menerima kesaksiannya. Inilah makna dari apa yang dikatakan oleh beliau pada Haji Wada', yakni ketika beliau bersabda demikian:

Bukankah aku telah menyampaikannya? Ya Allah, saksikanlah. (HR al-Bukhari).

Walhasil, dakwah Islam merupakan aktiviti yang diwariskan Nabi saw kepada umatnya. Kita seharusnya menjaga dan memeliharanya. Sememangnya kelangsungan dakwah harus dijaga ditengah-tengah kita. Ini kerana kita tidak dapat membayangkan bagaimana Islam memiliki pengaruh tanpa adanya aktiviti dakwah. Kita tidak dapat membayangkan kemurnian Islam dirasakan dalam jiwa-jiwa para pengikutnya tanpa adanya perjuangan dakwah yang justru dimaksudkan untuk membersihkannya dari pelbagai kotoran pemikiran yang menyimpang dan dapat mempengaruhinya. Kita tidak dapat membayangkan Islam mampu ditegakkan tanpa adanya perjuangan dakwah yang justru ditujukan untuk menegakkannya. Kita pun tidak dapat membayangkan kekuatan Islam dapat tersebar tanpa adanya perjuangan dakwah yang justru ditujukan untuk menyebarkannya. Artinya, seandainya tidak melalui perjuangan dakwah, Islam tidak mungkin memiliki kekuatan; tidak mungkin akan tersebar luas; tidak mungkin dapat dijaga; dan tidak mungkin pula hujjah Allah mampu ditegakkan atas para makhluk-Nya.

Dengan perjuangan dakwah Islam, kemuliaan, kekuatan, dan eksistensi Islam dapat dikembalikan sebagaimana terjadi di masa lalu. Betapa kita amat memerlukan semua itu pada saat ini. Dengan perjuangan dakwah Islam, Islam dapat disebarkan ditengah-tengah manusia seluruhnya, sehingga agama seluruhnya hanya berpaksi kepada Islam. Betapa dunia memerlukan hal seperti ini pada saat ini. Dengan perjuangan dakwah Islam pula, hujjah umat lslam demikian nyata hingga mampu memporak-porandakan hujjah orang­-orang kafir, sehingga tidak ada alasan atau dalih apa pun yang mampu menjustifikasi kebolehan untuk mencampakkan Islam. Allah Swt. berfirman:

Wxß tûïÎŽÅe³t6B tûïÍÉYãBur žxy¥Ï9 tbqä3tƒ Ĩ$¨Z=Ï9 n?tã «!$# 8p¤fãm y÷èt/ È@ߍ9$# 4 tb%x.ur ª!$# #¹ƒÍtã $VJŠÅ3ym

(mereka Kami utus) selaku Rasul-rasul pembawa berita gembira dan pemberi peringatan agar supaya tidak ada alasan bagi manusia membantah Allah sesudah diutusnya Rasul-rasul itu. dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana (QS an-Nisa' [4]: 165)

Atas dasar semua ini, perjuangan dakwah Islam mesti dihidupka ditengah-tengah umat Islam. Aktiviti semacam ini pula yang sentiasa dilakukan oleh generasi awal Islam di masa lalu.

Pada masa Nabi saw mereka sentiasa menjaga martabat perjuangan dakwah Islam sekaligus memelihara martabat agama mereka. Seandainya tidak ada perjuangan dakwah Islam, Islam mustahil sampai ditengah-tengah kita, dan mustahil pula ratusan juta manusia memeluk akidah Islam, kerana banyaknya tantangan yang rnenghadang keimanan terhadap Rasulullah saw. Oleh karena itu, wahyu yang pertama kali diturunkan kepada Rasulullah saw adalah firman-Nya yang menyatakan, "iqra' (Bacalah)!" (QS a1-'Alaq [96]: 1). Artinya, Allah memerintahkan Rasulullah saw. untuk membaca demi dirinya sendiri dan manusia seluruhnya. Di antara wahyu yang pertama kali diturunkan adalah firman-Nya yang berbunyi, "Qum fa andzir (Bangunlah, dan berilah peringatan)!" (QS al-Mudatstsir [74]: 2).

Untuk itu dakwah Rasulullah saw adalah sebuah persiapan dakwah Islam dalam pelbagai aspeknya serta membentuk generasi awal Islam. Generasi ini merupakan generasi terbaik, setelah wafatnya Rasul. Di dalam mengemban Islam sebagai risalah yang mulia. Dakwah umat Islam generasi awal ini ditujukan dalam rangka menyebarkan Islam kepada generasi selanjutnya setelah mereka. Demikianlah, aktiviti semacam ini terus berlangsung hingga saat ini, dan wajib terus dilangsungkan sehingga ke Hari Kiamat.

Dari sini dapat difahami, bahawa dakwah dan Islam adalah laksana air beserta orang yang mengalirkannya. Air sebagaimana diketahui, dapat mengalir, memberi minum, dan memberi manfaat bagi umat manusia. Akan terapi, ia memerlukan manusia yang mengalirkannya. Demikian pula Islam sebagai agama yang benar dan merupakan cara hidup yang sahih; ia memerlukan orang yang "rnengalirkannya", yakni rnengalirkan kebaikannya agar umat manusia seluruhnya yang mengharapkan keridhaan Allah dapat teraliri, dapat merasakannya, dan mendapatkan petunjuknya.

Dari sini pula, kita melihat secara jelas adanya hubungan yang erat antara Islam dan usaha untuk mendakwahkannya. Dakwah merupakan tiang yang kokoh dan perkara yang dinamik dalam Islam. Keniscayaan dan kelangsungan dakwah Islam akan menjamin pengaruh dan penyebaran Islam itu sendiri. Artinya, usia dakwah sangat menentukan usia Islam; yakni sejak kemunculannya sampai Allah mewariskan bumi ini dan para penghuninya untuk Islam. Oleh karena itu, dakwah Islam wajib segera ditumbuhkan di tengah-tengah umat Islam, dan wajib dijadikan sebagai keutamaan dalam fikiran mereka. Sebaliknya, umat Islam wajib untuk mengorbankan waktu, tenaga, harta, dan bahkan jiwanya, serta mengerahkan segenap kesungguhannya demi kelangsungan dakwah Islam.

FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD

”Dan tidaklah layak bagi orang Mukmin laki-laki maupun bagi orang Mukmin perempuan, jika Allah dan rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) dalam urusan mereka. Barangsiapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat, dengan kesesatan yang nyata.”
(Q.s. al-Ahzab [33]: 36)