Sunday, August 22, 2010

SEKULARISME DAN UMAT ISLAM

Saat ini sekularisme di Dunia Islam bukanlah suatu perkara yang asing lagi. Dapat dikatakan bahawa sekularisme kini telah menjadi bahagian dari anggota atau bahkan menjadi tubuh badan umat islam. Ibarat sang virus yang menyerang seluruh tubuh manusia sehingga menjelma menjadi susuk tubuh yang baru; bak manusia yang bertukar rupa kepada seekor raksasa yang besar dan mengerikan sehingga sukar dikenali keaslian rupa yang sebenar.

Beginilah keadaan umat islam saat ini dengan sekularismenya. Perkembangannya sudah menyebar dan membelit-belit seluruh sendi umat sehingga seluruh kehidupan terkesan dengan cengkaman sekularisme. Akibatnya umat tidak menyedarinya lagi bahkan terus-menerus membela sekular untuk kekal di dalam anggota badan umat islam.

Rantai Sekularisme

Pandangan sekularisme menurut An-Nabhani (1953) adalah pemisahan agama dari kehidupan (Fashl addin an alhayah). Menurut Nasiwan (2003). Sekularisme di bidang politik ditandai dengan 3 hal iaitu: (1) Pemisahan pemerintahan dari ideology keagamaan dan struktur eklesiatik; (2) Ekspansi pemerintah untuk mengambil fungsi pengaturan dalam bidang social dan ekonomi, yang semula ditangani oleh struktur keagamaan; (3) Penilaian atas budaya politik ditekankan pada alas an dan tujuan keduniaan yang tidak transeden.

Tahun yang dianggap sebagai benih kemunculan sekularisme adalah 1648. Pada tahun itu telah tercapai perjanjian Westphalia. Perjanjian itu mengakhiri perang Tiga Puluh Tahun antara Katolik dan Protestan di Eropah. Perjanjian tersebut juga telah menetapkan sistem negara merdeka yang didasarkan pada konsep kedaulatan dan menolak ketundukan pada otoriti politik Paus dan Gereja Katolik Rome(Pappe 1988). Inilah awal munculnya sekularisme. Sejak itulah aturan sendi kehidupan dilepaskan dari gereja yang dianggap sebgai wakil tuhan. Anggapannya adalah Negara itu sendirilah yang paling tahu keperluan dan kepentingan warganya sehingga negaralah yang layak membuat aturan kehidupannya. Sementara itu, tuhan atau agama hanya diakui keberadaannya di gereja-gereja sahaja.

Awalnya sekularisme memang hanya berbicara hubungan antara agama dan Negara. Namun dalam perkembangannya, semangat sekularisme tumbuh dan berbiak ke segala aliran pemikiran kaum intelektual pada saat itu. Sekularisme menjadi bahan bakar sekaligus sumber inspirasi ke segenap aliran pemikiran, iaitu:

1. Bidang aqidah.

Semangat sekularisme ternyata telah mendorong munculnya liberalisme dalam berfikir di segala bidang. Kaum intelektual barat ternyata ingin sepenuhnya membuang segala yang berbau doktrin agama (Altwajri 1997). Mereka sepenuhnya ingin mengembalikan segala sesuatu pada kekuatan aqal manusia; termasuk melakukan reorentasi terhadap segala sesuatu yang berkaitan dengan hakikat manusia, hidup dan keberadaan alam semesta ini (Persoalan aqidah). Altwajri memberikan contoh penentangan para pemikir barat terhadap pemahaman keagamaan yang paling fundamental di bidang aqidah iaitu munculnya pelbagai aliran pemikiran seperti pemikiran marxisme, eksistensalisme, Darwinisme, freudalisme dan sebagainya. Pandangan pemikiran inilah akhirnya membentuk pemahaman baru berkaitan dengan hakikat manusia, alam semesta dan kehidupan ini, yang berbeza secara diameter dengan pemahaman keagamaan yang ada. Mereka mengingkari adanya pencipta sekaligus menafikan misi utama pencipta menciptakan manusia, alam semesta dan kehidupan ini. Mereka lebih suka menggunakan logiknya sendiri dan kemudian menjadi kaedah-kaedah falsafah yang disusun dengan rapi.

2. Bidang Pemerintahan

Bidang ini Niccola Machiavelli dianggap sebagai pelopor pemikiran moden, Dia beranggapan bahawa nilai-nilai tertinggi adalah berhubungan dengan kehidupan dunia yang dikecilkan menjadi nilai kemasyuran, kemegahan dan kekuasaan. Agama hanya diperlukan sebagai alat kepatuhan, bukan kerana nilai-nilai agama itu sendiri (Nasiwan, 2003). Disamping itu muncul pula para pemikir demokrasi seperti John Locke, Montesquieu dan lain-lain yang mempunyai pandangan bahawa pemerintahan yang baik adalah pemerintahan konstitusional yang mampu membahagi dan membatasi kekuasaan sementara dari majoriti, yang melindungi kebebasan segenap individu-individu rakyatnya. Pandangan ini kemudian melahirkan tradisi pemikiran politik liberal iaitu sistem politik yang melindungi kebebasan individu dan kelompok yang didalamnya terdapat ruang bagi masyarakat sivil dan ruang persendirian yang bebas dan terlepas dari kawalan Negara (Widodo 2004). Konsep demokrasi itu kemudian dirumuskan dengan sangat sederhana dan mudah oleh Presiden Amerika Syarikat Abraham Lincoln dalam pidatonya tahun 1863 sebagai “pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat” (Roberts & Lovecy, 1984).

3. Bidang Ekonomi

Adam Smith merupakan tokoh sekular tersohor dalam bidang ekonomi, dia menyusun pandangan ekonominya berangkat dari pandangan terhadap hakikat manusia. Smith memandang bahawa manusia memiliki sifat serakah, egois dan mementingkan diri sendiri. Smith menganggap bahawa sifat-sifat manusia ini tidak negatif tetapi justeru teramat positif kerana dapat memacu pertumbuhan ekonomi Negara secara keseluruhan. Smith berpendapat sifat egois manusia ini tidak akan mendatangkan kerugian dan merosakkan masyarakat sepanjang persaingan bebas. Setiap orang yang menginginkan laba dalam jangka panjang (ertinya serakah), tidak akan menaikkan harga di atas tingkat harga pasar (Deliarnov, 1997)

4. Bidang Pengamalan agama

Prinsip sekular yang terkenal dalam bidang ini iaitu pluralisme agama yang memimliki tiga sendi utama (audi, 2002) iaitu (1) prinsip kebebasan, iaitu Negara wajib membenarkan pengamalan agama apapun (dalam batas-batas tertentu) (2) prinsip kesetaraan iaitu Negara tidak boleh memberikan pilihan suatu agama tertentu atas pihak lain (3) Prinsip neutraliti iaitu Negara tidak boleh suka atau tidak suka pada agama. Dari ketiga-tiga prinsip ini munculah pandangan bahawa semua agama harus dipandang sama, memilikimkedudukan yang sama namun hanya dalam lingkungan individu-individu sahaja.

5. Bidang Sosiologi

Di bidang ini muncul pemikir besarnya seperti Auguste Comte, Herbert Spencer, Emile Durkheim dan sebagainya. Sosiologi ingin memahami bagaimana masyarakat dapat berfungsi dan mengapa orang-orang mahu mengawal masyarakat. Sosiologi juga harus dapat menjelaskanperubahan sosial dan tempat individu di dalamnya (Osborne & Loon 1999). Dari Sosiologi inilah diharapkan peranan manusia dalam melakukan cubaan sosial dapat lebih mudah dan berleluasa untuk dilakukan diantara seharusnya pasrah dengan apa yang dianggap oleh agamawan sebagai ketentuan-ketentuan Tuhan.

6. Bidang Pendidikan

Dalam bidang ini kerangk keilmuan yang berkembang di Barat mengacu sepenuhnya pada prinsip-prinsip sekularisme. Hal itu paling tidak dapat dilihat dari kategori falsafah yang mereka kembangkan yang mencakupi tiga asas utama perbahasan (Suriasumantri, 1987): Falsafah ilmu iaitu perbahasan falsafah yang mengkaji persoalan benar dan salah; falsafah etika, perbahasan falsafah yang mengkaji persoalan baik dan buruk; Falsafah estetika, perbahasan falsafah yang mengkaji persoalan indah dan hodoh .Berasaskan 3 prinsip ini pendidikan mengacu kepada prinsip falsafah barat adalah memandang bahawa sumber ilmu pengetahuan hanya diperolehi daripada aqal manusia semata. Sementara agama hanya berada dalam perbahasan lingkungan moral dan hanya layak untuk berbicara baik atau buruk (etika) dan bukan perbahasan ilmiah iaitu salah dan benar. Dengan prinsip ini pandangan dasar sekular berkembang dan kukuh dalam diri setiap individu sehingga tidak terbantah di dalam masyarakat. Justeru umat islam memiliki standard junjungan yang baru dalam berfikir berbanding standard-standard yang bersumber al-quran dan as-sunnah. Umat islam lebih mengukur segala kebaikan berdasarkan prinsip demokrasi, Hak Asasi Manusia (HAM), pasar bebas, pluralisme, kesetaraan dan lain-lain pandangan yang bertentangan dengan Islam.

Sekularisme Di Negara – Negara Umat Islam

Contoh proses sekularisasi yang paling nyata adalah Negara Turki. Sejak kejatuhan Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924. Bekas pusat pemerintahan islam tersebut (Turki) terjadi proses sekularisasi yang mengiris hati kaum muslimin. Sejak dihapuskan sistem kekhilafahan pada tanggal 3 Mac 1924, janatan syariah dan wakaf dihapuskan. Setelahn itu giliran jabatan syaikhul Islam dihapuskan dan semua sekolah keagamaan ditutup. Tindakan radikal ini telah memancing kemarahan sebahagian kaum muslimin. Munculah perlawanan kurdi pada februari 1925 dipimpin oleh syaikh Said. Namun perlawanan ini dapat dipadamkan oleh rejim kapitalis.

Untuk mempertahnakan posisinya dan untuk mempermudahkan usahanya mengubah Turki menjadi bahagian tak terpisah dari peradaban barat. Pada tahun 1927 Udang-undang Darurat untuk memelihara ketertiban diperbaharui dan diberlakukan sejak tahun 1929. Pada September 1925 rejim kemalis mengeluarkan sebuah keputusan yang berisikan larangan memakai pakaian agama oleh orang yang tidak memegang jabatan keagamaan. Semua pegawai sivil diwajibkan memakai stelan barat dan topi. Pada bulan sebelumnya, November 1925 rejim kemalis juga sudah mengeluarkan keputusan mengenai kewajipan bagi laki-laki untu memakai topi, sedangkan memakai turbus adalah suatu kejahatan. Penanggalan Gregorian dipergunakan pada bulan Desimber 1925. Mustapha Kemal menyerang pemakaian tudung oleh wanita.

Komuniti ahli hukum mengambil undang-undang sivil swiss untuk memenuhi keperluan hukum di Turki dan bentuk lengkap undang-undang sivil Turki diputuskan oleh dewan Nasional Agung pada tanggal 17 Februari 1926 dan mulai berlaku pada tanggal 4 Oktober 1926. Undang-undang sivil ini digunakan untuk menggantikan undang-undang sivil dari syariah. Poligami dilarang. Perkahwinan wanita muslim dengan lelaki kafir dibenarkan. Semua orang yang sudah dewas diberi hak untuk mengubah agama mereka apabila mereka kehendaki.

Undang-undang diputuskan oleh Dewan Nasional Agong pada 3 November 1928 menjadikan penggunaan tulisan latin bagi bangsa Turki adalah suatu kewajipan. Yang lebih mengerikan lagi adalah keputusan yang dikeluarkan pemerintah Turki pada 1932 untuk menggantikan azan dengan bahasa Turki. Keputusan ini disiarkan oleh Ketua Urusan Agama. Azan Versi Turki ini dipersiapkan secara khusus oleh himpunan Linguistik dan melodinya dipersetujui oleh konsevertifn Muzik Nasional, Ankara. Pada tahun 1933, dikeluarkan suatu keputusan yang menayatakan bahawa azan dengan bahasa arab adalah suatu kesalahan. Keputusan ini membuatkan kemarahan besar rakyat Turki.

Setidaknya, gambaran sekularisasi di Turki Membuka mata kita untuk meneropong proses sekularisasi di Negara-negara umat Islam yang lain. Tidak jauh bezanya dengan Turki. Hukum-hukum umum islam seperti hukuman jenayah, pendidikan, sosial, ekonomi dan lain-lain telah dihapuskan dalam hukum Negara. Meskipun terda[at sebahagian Negara umat Islam yang mengamalkan hudud contohnya, mereka masih menggunakan peraturan-peraturan model Barat.

Setelah sekularisasi di Negara-negara umat Islam, kaum muslimin ternyata tidak lebih maju dan bangkit. Mereka terus-menerus mengalami kemunduran dan kelemahan. Keberagaman meraka hanya direleksikan dalam wilayah individual. Dari segi politik mereka dikuasai dan tidak berdaya dengan kekuatan kafir. Pendek kata sekularisme merupakan sumber kahancuran dan kelemahan kaum muslimin. Tidak hanya disitu sekulrisme-kapitalisme menyeret manusia kelubang kehancuran yang sangat mengerikan.

Khatimah

Wahai kaum muslimim ! sesungguhnya inilah hakikat sekularisme yang dianut bahkan menjadi tunjang pemikiran umat islam dikala mengurusi dan mengatur kehidupan mereka. Sekularisme kini telah menjadi raksasa yang mengganas memadam apa-apa pemikiran yang dipimpin oleh Islam sehingga tidak sedikitpun peluang diberikan untuk islam kembali menjadi tunjang pemikiran umat. Apalagi umat islam tersangat riang dengan tatacara hidup sekularistik . Sebaliknya mereka justeru sangat bimbang dan takut jika negara diatur dengan syariat islam. Mereka gerun dan ragu syariat islam adalah pilihan yang tidak tepat untuk keadaan masyarakat nasional dan internasional saat ini yang semakin maju, moden, plural dan majmuk. Mereka takut bayang-bayangnya sendiri dimana munculnya syariat islam akan menimbulkan konflik pelanggaran HAM dan mengganggu keharmoniaan yang selama ini telah terbina dengan baik kononya. Inilah kejayaan hakiki barat untuk memadam islam sebagai sebuah pengaruh yang kuat di mana sekularisme menjadi sebuah kesesatan yang tersembunyi ditengah-tengah umat islam dengan mencengkam dan terus mencengkam pemikiran umat islam sehingga tidak mampu melihat masa depan hakiki mereka sendiri dan terus bertuhan dengan Negara pelapor sekularisme iaitu Amerika Syarikat.

Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment

FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD

”Dan tidaklah layak bagi orang Mukmin laki-laki maupun bagi orang Mukmin perempuan, jika Allah dan rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) dalam urusan mereka. Barangsiapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat, dengan kesesatan yang nyata.”
(Q.s. al-Ahzab [33]: 36)