Tuesday, April 28, 2009

BINGUNG ; APA YANG PERLU DIPERJUANGKAN DAN KESUDAHAN PERJUANGAN…


Sememangnya umat Islam mengetahui kedudukan mereka disaat ini, mereka tidak seperti sejarah umat islam yang digambarkan kepada mereka. Mereka tidak digeruni lawan seperti gerunnya sang rusa kepada sang singa, mereka tidak punya kepakaran yang setanding kaum lawannya, mereka tidak punya kekuatan untuk menyelamatkan saudara yang dizalimi, pendek kata segala segi mereka dikalahkan.

Mereka ingin bangun kembali seperti bangunnya kekhilafahan ar-rasyidin, umayyah, abasyiyyah dan uthmaniyyah…dipersimpangan ini ramai terkeliru dan penuh bersimpang-siur apa yang perlu mereka perjuangkan. Mereka tidak tahu kemana halatuju perjuangan mereka sehingga ada yang pasrah dan gugur ditengah perjalanan. Mereka bingung seperti bingungnya pengembara yang sesat ditengah padang pasir. Bagi yang pasrah mereka meneruskan perjalanan berbekal semangat yang kabur dan akal yang masih dikuasai kebingungan, bagi yang gugur mereka kembali sebagai individu yang hanya menonton dan menanti kemenangan perjuangan orang lain atau imam mahadi dan nabi isa yang selalu menjadi harapan diakhir pengharapan mereka.

Sewajarnya kebingungan ini berlaku, umat islam hari ini mereka dicengkam dan diasuh berfikir secara secular iaitu berfikir tanpa dipandu aqidah islam. Mereka tidak melihat al-quran, al-hadith, sirah nabawiyyah dan al-tarikh khulafa’ sebagai khazanah yang terkandung sarat penyelesaian masalah manusia selain pelayan jiwa yang tengah sakit atau sebagai alat untuk meraih sesuatu kemaslahatan. Setiap krisis hidup para secular baratlah menjadi petunjuk mereka. Rujukan mereka terhadap para secular barat menambahkan lagi kebingungan yang justeru menjauhkan mereka dari Islam.

Muhammad saw sebelum kerasulan beliau juga mengalami kebingungan seperti halnya umat hari ini sebagaimana firman allah:

7. dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung[1583], lalu Dia memberikan petunjuk.

[1583] Yang dimaksud dengan bingung di sini ialah kebingungan untuk mendapatkan kebenaran yang tidak dapat dicapai oleh akal, lalu Allah menurunkan wahyu kepada Muhammad s.a.w. sebagai jalan untuk memimpin umat menuju keselamatan dunia dan akhirat.

Peristiwa digua hira’ dan turunnya ayat sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
Hai orang yang berkemul (berselimut), bangunlah, lalu berilah peringatan!

mengurai kebingungan Muhammad s.a.w sebagai sebuah visi dan misi untuk diraih. Sejak kerasulan Muhammad saw telah mengetahui visinya untuk rahmat sekalian alam yang diraih melalui ketetapan misi-misinya yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. titik awal misi rasulullah adalah membina sebuah kutlah(kelompok) yang siap berinteraksi dengan masyarakat jahiliyyah dan pembesar-pembesar quraisy. Individu-individu yang bersama dengan rasul dibina dan difahamkan visi dan misi yang ingin diraih. Ayat-ayat al-quran diajar yang bukan sekadar dibaca tetapi sebagai pembentuk aqidah islamiyyah melalui pemantapan akliyyah(pemikiran) dan sekaligus nafsiyyah(tingkahlaku) yang melahirkan sahsiah islamiyyah. Maka dari itu lahir individu yang tidak bertapi-tapi apabila datang perintah Allah. Setelah kutlah ini menunjukkan sikap yang siap berpegang erat dengan al-quran dan amanah Allah dalam apa jua tentangan ditambah Islamnya saidina Hamzah diikuti saidina Umar maka turunya ayat al-quran:

94. Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik.

Setelah turunya ayat ini rasulullah memulakan misi beliau yang seterusnya iaitu berinteraksi secara langsung tanpa ada sikap kompromi, bertalam dua muka dengan masyarakat jahiliyyah dan pembesar-pembesar quraisy dalam rangka mempersiapkan masyarakat jahiliyyah dengan pemahaman Islam sehingga islamlah yang memimpin mereka bukan mereka yang memimpin islam. Misi interaksi ini diperlengkapkan oleh rasulullah dengan 2 cara iaitu i) pertarungan pemikiran dengan mengkritik kebiasaan jahiliyyah seperti menanam bayi perempuan hidup-hidup dan menipu dalam timbangan. ii) Perjuangan Politik dengan membongkar kerosakan sistem jahiliyyah dan kejahatan-kejahatan/penipuan pembesar-pembesar jahiliyyah seperti menzalimi orang-orang miskin dan anak-anak yatim. Misi ini mengundang tekanan daripada pembesar dan masyarakat jahiliyyah seperti penganiyaan contohnya sumyyah dibunuh, propaganda (fitnah) contoh disebar Rasul sebagai ahli sihir dan pemboikotan contoh 3 tahun tidak ada jual beli dengan bani abdul muthalib. Misi ini cukup mencabar dakwah nabi dan para sahabat sehingga berlaku kemudharatan yang luar biasa. Namun sedikit pun tidak berganjak rasul dan para sahabat untuk berkompromi dengan kaum kuffar, mengangkat senjata dan bertapi-tapi dalam memperlengkapkan perintah allah dalam misi ini. Malah semua itu menguatkan lagi dakwah nabi dan para sahabat. Maka dari itu perintah dari Allah kepada rasul untuk melakukan Tholabun nusroh ( pertolongan) kepada pembesar-pembesar jahiliyyah yang akhirnya pertolongan dari Allah datang dari tokoh-tokoh yatrib (madinah) melalui bai’t aqabah(II). Dengan bai’t aqabah(II) ini lengkaplah rasulullah melakukan misi beliau yang seterusnya iaitu dakwah islam secara bernegara/ pemerintah. Misi ini diperlengkapkan rasul dengan mempersaudarakan umat islam dengan ikatan aqidah islamiyyah, menerapkan hukum-hukum negara dengan hukum islam baik ekonomi, uqubat,social, politik, pendidikan dan menyebarkan Islam dengan menghantar utusan kepada pemerintah-pemerintah lain dan jihad sekiranya wujud halangan fizikal. Sebelum kewafatan rasul seluruh jazirah arab berjaya diislamkan sehingga muncul umat islam sebagai suatu kaum yang digeruni lawan dan kaum yang membawa cahaya dikala kaum lain kegelapan. Setelah kewafatan rasulullah, perjuangan beliau disambung oleh para khalifah ar-rasyidin, ummayyah, abbasiyyah dan uthmaniyyah sehingga kejatuhan di Khilafah di Istanbul pada 28 Rejab 1342/ 3 Mac 1924. kejatuhan khilafah uthmaniyyah ini berakibat daripada kelalaian mereka meneladani/ mewarisi misi yang diperlengkapkan rasulullah.

Inilah rahsia pemecahan kebingungan Rasulullah sebelum kerasulan iaitu setelah memperlengkapkan perintah-perintah Allah setiap titik misi yang diperintahkan Allah. Harus disedari bahawa al-quran dan sa-sunnah adalah pengubat kebingungan bagi setiap individu yang ingin perubahan. Lahir kebingungan bagi individu yang ingin berjuang/ yang pasrah/ gugur dalam perjuangan adalah kerana ketidaktahuan, kegagalan mereka memahami dan memperlengkapkan titik-titik setiap misi sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh rasulullah. Maka dari itu ayuhlah wahai saudaraku buanglah keegoaanmu yang membawamu diselimuti kebingungan dan semangat yang kabur. Bergeraklah saudaraku bukan hanya bersatu dalam matlamat mendaulatkan Islam tetapi dalam misi dakwah sebagaimana yang terkandung dalam sirah nabawiyyah. Firman Allah yang bermaksud:

24. Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, ketahuilah bahwa Sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan Sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.


No comments:

Post a Comment

FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD

”Dan tidaklah layak bagi orang Mukmin laki-laki maupun bagi orang Mukmin perempuan, jika Allah dan rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) dalam urusan mereka. Barangsiapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat, dengan kesesatan yang nyata.”
(Q.s. al-Ahzab [33]: 36)