Wednesday, November 20, 2013

HUDUD: SIKAP BERTAPI-TAPI DARIMANAKAH LAHIRNYA???

Hudud adalah hak Allah kepada manusia. tugas manusia hanyalah pelaksana hak ini.

Mengabaikan perkara ini merupakan sebuah kemaksiatan kepada Allah. Berhukum selain hukuman Allah boleh mmbawa seseorg itu kepada Zalim atau Fasiq atau Kafir.

Hukuman hudud sejak akhir-akhir ini di Malaysia bukan lagi asing malah status wajib merupakan perkara yag tersedia maklum kepada semua umat islam di negara ini. Mereka yang menolak hudud secara terang-terangkan akan dinilai sebagai mereka yag tidak berakhlak baik dan dipandang negatif oleh umat islam dinegara ini secara umumnya. Mereka juga secara tidak langsung akan terasa terpinggir.

Sungguhpun begitu masih ramai yang bertapi-tapi bilamana perkara ini diterbitkan apatah lagi jika dilaksanakan. Bagi mereka ia merupakan tindakan yang baik memandangkan niat mereka ingin menjaga kesucian agama islam di mata non-muslim dinegara ini.

Bagi mereka 'budaya baik' orang Malaysia adalah berbudi bahasa, berlemah lembut, menghormati orang lain dan bertolenrasi antara satu sama lain. Budaya ini telah menjadi amalan rakyat malaysia dan bagi mereka ia tidak seharusnya dicemari dengan hal-hal yang bertentangan dengan itu. tambahan dari itu umum memandang amalan ini merupakan sebahgian dari tuntutan islam.

Hudud walaupun umum berpegang ia merupakan hukuman Islam namun persepsi umat islam dinegara ini rata-rata melihat hukuman-hukuman yang terkandung didalamnya adalah suatu yang bertentangan dengan 'Budaya baik' yang mereka maksudkan. Bilamana berbicara hudud pastinya mereka akan menyebut Hukuman
1. 100 kali sebatan
2. Rejam sampai mati
3. 80 kali Sebatan.
4. dll
Hudud dalam hemah mereka sesuatu yang boleh merosakkan imej Islam sebagai agama yang mencintai kedamaian dan keharmonian.

Persoalannya mengapa peggangan 'Budaya baik' itu bertentanggan hukuman Allah ini? Tidakkah kita ketahui Hudud itu adalah hukuman yang Mulia disisi Allah? Apakah kita mengira ada hukuman yang lebih baik dari hukuman Allah? Siapakah kita  untuk menetapkan baik dan buruk?

Tanpa kita sedar sebenarnya inilah racun yang melahirkan penyakit bertapi-tapi dan ragu-ragu dengan ketetapan Allah yang terbit hasil didikan LORD REID &DEMOKRASI kepada kita. LORD REID & DEMOKRASI telah mendidikan kita meletakkan baik dan buruk mengikut akal fikiran sesuai dengan falsafah KEBEBASANNYA. Bagi kita sesuatu yang 'jelek', tiada untung, menyusahkan, kasar, melukakan hati kita adalah perkara buruk sedangkan perkara cantik, untung,lemah-lembut, gembira, ketawa itu adalah perkara baik. Tuntutan ZAKAT, tuntuan WAQAF dipandang baik kerana itu sesuatu yg menguntungkan negara. amalan-amalan zakat diseru, dipromosikan dimerata-rata tempat melalui bena-bena ditepi jalan, radio, TV dan pelbagai saluran memainkan peranan. Dalil-dalil berkaitan tuntutan zakat selalu didendangkan kerana itu adalah hal yg menguntungkan. Namun Hudud terus terpinggir kerana dinilai sebagai amalan yang keras dan menakutkan.

Menggantikan hudud dengan denda RM5000. Menggantikan Hudud dengan penjara maksima 5tahun. Menggantikan Hudud dengan kerja-kerja membersihkan tandas. Menggantikan Hudud dengan melakukan kerja-kerja amal kerana untuk menjaga imej Islam sebagai agama yang mencintai kedamaian dan keharmonian. Adakah ini dimaksudkan baik kepada kita? Membersihkan tandas itu lebih mulia dari Hudud?Tidakkah ini  tindakan yang merendahkan hak Allah? seolah-olah hukuman ciptaan kita itu lebih mulia dari hukuman Allah. Sedar tak sedar amalan kita ini boleh membawa kepada kerosakkan aqidah. wanauzubillah himinzalik!!!  

Inilah didikan yang telah kita terima sejak dari Malaysia diisytiharkan merdeka. Adakah kita meredhai didikan LORD REID & DEMOKRASI ini terus memandu kehidupan kita? Lihatlah komen-komen produk LORD REID & DEMOKRASI kepada mereka yang inginkan Hudud. jangan samapai satu masa nanti komen yang menakutkan ini terbit dari mulut anak-anak kita.

wallahua'lam
   

3 comments:

  1. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
    Dari sini tim KumpulBagi yg baru selesai situs untuk hosting berkoleksi dan sharing files. Dalam KumpulBagi bisa upload sebanyak aja files dan membuat koleksi berkas Anda untuk kumpulkan dan bagikan dengan lainya misalnya ebook islam.. Tidak ada pengguna premium dan limit ukuran filenya. Kami tidak terhapus filenya dengan waktu batas. Semuanya gratis dan cepat dari server di Singapura.
    Cek koleksi saya dan coba caranya http://kumpulbagi.com/CC-Musik
    www.kumpulbagi.com

    Edo

    ReplyDelete
  2. Menarik sekali artikelnya gan..
    sangat bermanfaat bagi saya yang membutuhkan..
    anime romance

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas informasinya. artikelnya sangat bermanfaat sekali

    biker jadoel

    ReplyDelete

FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD

”Dan tidaklah layak bagi orang Mukmin laki-laki maupun bagi orang Mukmin perempuan, jika Allah dan rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) dalam urusan mereka. Barangsiapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat, dengan kesesatan yang nyata.”
(Q.s. al-Ahzab [33]: 36)