Sunday, June 7, 2009

KESTABILAN NEGARA PERSEKUTUAN SEBUAH FANTASI GOLONGAN SEKULAR

Persekutuan ialah sebentuk kesatuan yang terdiri daripada sebilangan negeri atau rantau yang separuh berpentadbiran sendiri yang disatukan oleh satu kerajaan pusat ("persekutuan"). Dalam sesebuah negara persekutuan, status pentadbiran sendiri bagi negeri-negeri komponen lazimnya dikukuhkan oleh perlembagaan dan tidak wajar diubah oleh keputusan yang dibuat oleh kerajaan pusat yang hanya menyebelahi satu pihak [Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas]. Malaysia merupakan sebuah Negara persekutuan. Untuk menubuhkan sebuah kerajaan di Malaysia perlu ada perkongsian kuasa antara individu dalam sebuah parti/ antara parti dengan parti yang lain dari seluruh penjuru tanah di Malaysia. Maka atas dasar itulah sesebuah kerajaan yang diumumkan memerintah adalah kelompok yang menang majoriti dalam pilihan raya. Pendek kata mereka yang mempunyai kumpulan/team yang kuat dapat meraih pemerintahan.

Individu yang ingin berkuasa/ memerintah mereka perlu menubuhkan sebuah kelompok yang majoriti atau bergabung dengan kelompok yang majoriti berkuasa. Hal ini dapat kita perhatikan seperti Anwar Ibrahim bagaimana strategi beliau menguasai Malaysia dengan menubuhkan Parti keadilan rakyat (PKR) kemudian apabila dilihat agak sukar mengumpulkan majoriti dalam PKR, beliau melancarkan Pakatan Rakyat (PR) dengan menggabungkan PKR, DAP dan PAS untuk melawan Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada UMNO, MIC, MCA dan seangkatannya. Strategi ini menghampirkan Anwar Ibrahim menguasai Malaysia dimana pada pilihanraya yang lepas PKR berjaya mengalahkan BN di 5 buah negeri iaitu Perak, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Prinsip negara persekutuan seolah-olah dilihat sebagai sebuah prinsip yang akan menjamin keadilan dan kepentingan rakyat di mana menolak kekuasaan/kediktatoran individu terhadap rakyat melalui perkongsian kuasa antara individu-individu yang berkuasa. Ya memang benar kalau dilihat secara umum…namun jika diteliti hasil perlaksanaan prinsip ini menghasilkan ketidakstabilan pemerintahan dan politik Negara. Visi dan misi sesebuah Negara tidak mampu dilakukan secara terfokus oleh pihak yang memerintah. Ini dapat kita lihat masalah yang berlaku di Perak dan Terengganu. Di Perak masalah muncul apabila Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bota, Nasaruddin Hashim melompat parti untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Berikutan keputusan Nasaruddin itu, kedudukan pakatan pembangkang yang dianggotai oleh DAP, Pas dan PKR semakin kukuh di Perak. Mereka menguasai 32 kerusi DUN berbanding BN yang berkurangan kepada 27 kerusi. Kemudian pada 4 feb 2009 akhbar menyiarkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini menjadi wakil Bebas memutuskan menyokong Barisan Nasional (BN) kerana percaya mereka tidak lagi diperlukan oleh Pakatan Rakyat (PR) serta diperlakukan seperti musuh oleh kerajaan negeri Perak. Sehubungan itu, ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi dan Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) mengumumkan untuk menyokong BN yang dilihat lebih relevan membela nasib rakyat di negeri itu.Ahli Dewan Undangan Negeri Bota, Datuk Nasaruddin Hashim mengumumkan menyertai semula UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa hari tersebut. BN kini mempunyai 28 kerusi, pakatan pembangkang juga 28 kerusi dan Bebas tiga kerusi. Kerajaaan Pakatan Rakyat dibubarkan dan BN membentuk kerjaaan baru di Perak. Di Terengganu pula bergolak apabila Lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) memulaukan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bersidang buat hari kedua - bagi memaksa Menteri Besar, Datuk Ahmad Said meletak jawatan.

Kedua-kedua negeri ini bergolak dalam keadaan yang tergantung. Penyelesaian ini memerlukan tempoh yang agak panjang. Jika di Perak telah hampir 4 bulan dan di Terengganu pula hampir 3 bulan. Perdana Menteri Malaysia atau menteri-menteri kabinet tidak memiliki kuasa mutlak untuk bertindak dikedua-dua negeri ini. Setiap tindakan diperlukan suara majoriti dun. Sedangkan dun itu sendiri bermasalah dalam mendapatkan suara majoriti. Penyelesaian hanya akan terselsai apabila salah satu di antara dua team yang saling merebut takhta mengalah. Persoalannya sanggupkah salah satu team mengalah? Jika pujuk-rayu/rundingan dikatakan kunci penyelesaian, sudah pasti tempohnya lama kerana bukan satu kepala yang perlu dipujuk tetapi melibatkan banyak kepala yang perlu dirayu kerana kuasa bukan sekadar berpusat pada Menteri Besar. Jika di Perak keadaannya melibatkan Parti Kerajaan dan Parti Pembangkang yang realitinya seolah-olah mustahil mendapatkan kerjasama dari kedua-dua pihak yang dilihat seperti sipipit dan sienggang, sanggupkah enggang mengalah sama sipipit? Sipipitnya pula makanannya diambil ketika sedang enak dimakan. Di Terengganu pula melibatkan Team Ahmad Said dan Team Idris Jusoh yang dilihat agak kurang serius rumitnya kerana mampu diajak duduk satu meja tetapi bukan mudah seperti Ais yang bukan terus menyatu bersama air? Jika Ais diletak pada air panas tak apa juga boleh cepat mencair inikan Ais diletak dalam air yang bersuhu sejuk. Sendiri boleh fahamlah!

Pembaca sekalian tidakkah anda melihat suasana ini sama seperti yang berlaku pada tahun 1987? Team Tun Mahathir bertembung dengan Team Tengku Razaleigh yang akhirnya membawa perpecahan di dalam UMNO. Oleh kerana keputusan tidak menyebelahi Team Tun Mahathir ketika itu, maka apa yang ditindakkan oleh Tun Mahathir, beliau membubarkan Parti UMNO dengan menubuhkan UMNO baru dan mencipta undang-undang baru di dalam Parti di mana jawatan Presiden tidak boleh dicabar. Tengku Razaleigh bersama Teamnya menubuhkan Parti Semangat 46 bergabung bersama PAS. Oleh kerana kuasa ketika itu lebih terletak pada Tun Mahathir, maka keadaan lebih menyebelahi beliau yang akhirnya Tengku Razaleigh dan teamnya mampu diketepikan. Namun keadaan ini mengambil tempoh yang lama untuk diselesaikan. Isu pergolakkan politik sekarang ini bukanlah satu masalah baru. Sewajarnya kita harus belajar dari apa yang berlaku dan melihat masalah dengan lebih matang lagi. Mengapa dan mengapa masalah yang sama berlaku? Sampai bilakah dunia politik kita hanya memhabiskan waktu dalam masalah- masalah seperti ini? Tidakkah pimpinan Malaysia pimpinan yang matang setelah hampir 52 tahun memerintah?

Setiap kali masalah muncul perbincangan hanya terfokus kepada sikap individu terlibat yang dikira sebagai tidak jujur, zalim dan tidak amanah. Persoalan kenapa lahirnya sikap individu sedemikian seringkali terlepas pandang. Jika diamati masalah yang berlaku boleh diandaikan seperti kesesakan lalu lintas yang disebabkan sistem trafik yang tidak betul. Apabila berlaku kesesakan individulah yang dipersalahkan kerana tidak mematuhi arahan jalan raya. Walhal walaupun terdapat individu yang bersabar, berhemah dan bertimbang rasa ketika memandu kesesakan tetap akan berlaku kerana kesesakan bukanlah berpunca dari sikap individu semata-mata tetapi sistem trafik itu sendiri. Tepat jika dikatakan bahawa masalah ketidakstabilan negara persekutuan disebabkan sistem persekutuan itu sendiri di mana kuasa tidak berpusat kepada ketua negara sehingga ketua sendiri terpaksa bertarik tali sesama anak buah bawahannya. Di satu sisi ketuanya berkuasa dan di satu sisi lagi anak buahnya lebih bekuasa dari ketuanya. Apabila ketuanya tidak dapat mengendurkan tali yang ditarik oleh orang bawahannya maka berlakulah pelbagai gelombang politik yang tidak disenangi. Justeru mahu tidak mahu untuk mengukuhkan kedudukan, konsep kronisme menjadi pilihan individu yang berkuasa walaupun pilihan itu sendiri tidak akan pernah menjamin kestabilan kekuasaanya. Logikkah sekumpulan manusia kesefahaman akan terus berlangsung dan berlangsung tanpa perselisihan? Inilah senario yang terus berlaku dan terus berlaku selagi sistem persekutuan yang menjadi pilihan, bab kata pepatah air dicincang tak akan putus.

Sebuah negara persekutuan akan stabil bilamana hubungan antara individu dalam kelompok yang memerintah dapat dikawal. Dilihat Parti Barisan Nasional yang terdiri UMNO, MCA, MIC dan Pakatan Rakyat yang terdiri PKR, PAS dan DAP mampukah persefahaman akan terus berlangsung? Hubungan antara individu dalam parti-parti ini merupakan hubungan yang diikat di atas asas maslahat/kepentingan yang saling tawar menawar antara satu sama lain. Secara rasmi hubungan mereka diikat di atas asas kerorganisasian. Apakah kerorganisasian mampu membunuh perselisihan? Apabila kemaslahatan seseorang tergugur maka akan berlaku kecelaruan sesebuah kelompok yang akhirnya akan menggugat kestabilan pemerintahan. Bukanlah kemustahilan sekiranya terdapat ahli-ahlinya boleh dibeli oleh parti lawan bilamana di tawarkan bermacam-macam janji manis atau wang. Pihak pemerintah akan sibuk melayan kerenah kelompok masing-masing dengan membazirkan wang, masa dan tenaga dan berkemungkinan duit yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat akan dibelanjakan untuk mengukuhkan kedudukan individu-individu di dalam parti. Perbelanjaan mereka agak sukar ditontoni dalam bentuk wang tetapi boleh dilihat dalam bentuk projek-projek perdana yang mampu menjanjikan keuntungan tinggi seperti projek lebuh raya, bangunan-bangunan mega dan sebagainya akan disalurkan kepada kroni masing-masing. Kroni-kroni ini akan terus mempertahankan hubungan mereka selagi apa yang dicita-citakan dalam hubungannya berlangsung. Inilah tindakan yang menjadi pilihan individu yang ingin mengukuhkan kedudukan mereka walaupun tindakan mereka ini tidak akan pernah bahkan tak akan pernah mengukuhkan hubungan kepentingan mereka kerana kepentingan antara individu itu sendiri akan selalu berubah dan berubah mengikut keperluan semasa. Inilah yang melahirkan ungkapan ”dalam politik, hari ini kawan, besok lawan dan akan datang kawan lagi” .

Tidakkah kita berasa jemu dan bosan sandiwara politik negara akan terus berfantasi sebagai negara yang kukuh dan stabil sedangkan sistem politik yang diamalkan akan berdiri sistem pemerintahan yang rapuh? Saya yakin bahawa keyakinan rakyat baik yang menyokong mahupun yang membangkang tidak pernah timbul melainkan keraguan yang tiada jawapannya. Justeru sudah tiba waktunya untuk kita berfikir meninggalkan sistem yang membuang masa, harta dan tenaga kita ini. Ayuhlah kita selamatkan negara ini dengan syariat yang pastinya adalah sistem Pemerintahan khilafah yang mampu mengungguli umat manusia kearah yang lebih produktif. Adakah anda tidak mengenal sistem khilafah? Jika tidak, marilah kita sama-sama berusaha memahaminya dengan merenung kembali sirah rasulullah, tarikh khulafa ar-rasyidin dan sejarah-sejarah khalifah Islam yang cuba disembunyikan oleh musuh-musuh islam. Ikhlaslah dalam memahaminya kerana itulah kunci petunjuk menuju cahaya dari kegelapan. Seseorang yang ikhlas akan pasti menyatakan “Khilafah Is The Answer and The only solution all criss now”.

Cikgu Hisham,
Aktivis Rindu Khilafah

No comments:

Post a Comment

FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD

”Dan tidaklah layak bagi orang Mukmin laki-laki maupun bagi orang Mukmin perempuan, jika Allah dan rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) dalam urusan mereka. Barangsiapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat, dengan kesesatan yang nyata.”
(Q.s. al-Ahzab [33]: 36)