Wednesday, February 25, 2009

KAEDAH MEMBINA KEYAKINAN AKIDAH 100%

APA ITU AQIDAH ISLAM ?
•Iman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari kiamat dan Qada’ & Qadar.
•Iman adalah Pembenaran secara pasti (tashdiq al-jazim)
•Tingkat keyakinan 100%
•Memerlukan dalil yang qat’I (sama ada dalil aqli/ naqli).

RAJAH KAEDAH MERAIH AQIDAH



WARISAN
• Menerima aqidah melalui keturunan.
• Ataupun melalui jalan bertaqliq(mengikut) kepada orang lain.
• Jalan menuju iman/ meraih aqidah seperti ini tidak dapat melahirkan tingkat keimanan 100%.
• Malah melahirkan zhan dan tidak mampu mengamalkan ajaran aqidah secara jelas.

SAINTIFIK
• Cara ini sedikit lebih intelektual dibandingkan dengan ‘warisan’.
• Merupakan metode ilmiah dengan melakukan analisa melalui eksperimen sehingga mengenalpasti hakikat sesuatu yang di analisakan. Cth; mengkaji kelebihan perbuatan dalam solat/ sembelihan.
• Kebenaran/jawapan yang dihasilkan bersifat relatif tidak fix serta memiliki kemungkinan salah.
• Untuk itu cara meraih aqidah seperti ini juga tidak mencapai tingkat 100%.


TINDAK BALAS/ AURA
• Cara seperti ini seakan benar memandangkan terkandung nilai akhlak/ nilai kerohanian yang tinggi.
• Meraih aqidah dengan melakukan ibadat yang diperintahkan Allah s.w.t (cth; solat, puasa, membaca al-quran).
• Meraih iman seperti ini walaupun melakukan ibadat seribu kali sekalipun tidak dapat mencapai tingkat keyakinan 100%.
• malah mampu digugat oleh musuh-musuh islam.

FALSAFAH
• Kaedah ini ramai dipraktikan oleh golongan terpengaruh/ ahli tasauf itu sendiri.
• Meneliti dan mengkaji zat dan hakikat Allah s.w.t/ ketuhanan.(cth: Perbahasan tentang TUHAN ADA DIMANA-MANA?)
• Perlu disedari bahawa akal manusia tidak mampu menjangkau sesuatu yang tidak dapat diindera.
• Mafhum dari firman Allah: jika sekiranya manusia itu berfikir tentang zat allah justeru akan membawa kebinasaan.
• Maka dari itulah timbulnya golongan2 yang isim.

PEMIKIRAN RASIONAL
• Pemikiran yang mendalam dan menyeluruh dengan meneliti 3 persoalan asas iaitu;
1. Dari mana aku datang?
2. Kemana aku selepas ini?
3. Apa yang perlu aku lakukan?
  • Corak pemikiran rasional seperti rajah dibawah;



• Allah membimbing manusia untuk memahaminya (86:5, 88:17-19; 88:21; 29:20)-malah ratusan ayat al-quran mengajak untuk berfikir secara rasional.
• Imam as-syafi’I mengatakan; “Ketahuilah, bahawa kewajiban yang pertama bagi seorang mukallaf adalah berfikir dan mencari dalil untuk ma’rifat kepada Allah s.w.t. Erti berfikir adalah melakukan penalaran dan perenungan kalbu. Dalam keadaan orang yang berfikir tesebut dituntut untuk ma’rifat kepada Allah. Dengan cara seperti itu, ia dapat mencapai ma’rifat kepada hal-hal yang ghaib dari pengamatannya dengan indera dan ini merupakan suatu kewajiban. Hal ini seperti merupakan kewajban dalam bidang ushuluddin”

KESIMPULAN
• Apabila diteliti scara jernih dan cermat jalan menuju iman secara warisan, saintifik, tindak balas/aura dan falsafah tidak mampu mengantar keimanan ketahap 100%.
• implikasinya aqidah yang dianut tidak mampu melahirkan individu yang akan membawa aqidah untuk diterapkan, dipelihara dan disebarkan bagi memimpin suasana/keadaan dengan aqidah yang diperolehinya.
• Pemikiran Rasional selayaknya menjadi jalan menuju/elemen penghubung aqidah islamiyyah.

No comments:

Post a Comment

FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD

”Dan tidaklah layak bagi orang Mukmin laki-laki maupun bagi orang Mukmin perempuan, jika Allah dan rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) dalam urusan mereka. Barangsiapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat, dengan kesesatan yang nyata.”
(Q.s. al-Ahzab [33]: 36)