Monday, April 13, 2009

PEMERINTAH PELAYAN UMAT BUKAN PELAYAN KELOMPOK PARTI.

2 tahun perkasakan Umno, BN


Muhyiddin mahu parti cari jalan pertingkat kepercayaan masyarakat umum

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau menetapkan tempoh dua tahun untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) melaksanakan transformasi yang sesuai dalam usaha mengukuh serta menguatkan kedudukan parti itu pada mata rakyat.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, dalam tempoh itu, parti harus mencari jalan meningkatkan keyakinan dan kepercayaan, bukan saja di kalangan orang Melayu, tetapi juga masyarakat umum terhadap keupayaan BN untuk terus menerajui negara.

"Orang bercakap mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013. Oleh itu, saya bagi masa tahun ini dan tahun depan untuk melihat dari segi pendekatan apa yang hendak digunakan.
"Apa pendekatan hendak digunakan, apa bentuk perubahan pun kita harus mulakan seberapa segera, baik berhubung organisasi Umno, struktur atau program yang hendak dimulakan harus dimulakan secepat mungkin," katanya selepas majlis tahlil dan doa selamat, selain meraikan kehadiran ahli Umno Bahagian Pagoh di kediamannya di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas ucapan ringkasnya sebelum majlis itu yang menetapkan tempoh dua tahun untuk melaksanakan perubahan dalam parti, Umno dan BN, sebelum berdepan dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013.

Muhyiddin berkata, dalam tempoh itu, fokus utama adalah untuk memastikan kepemimpinan pada semua peringkat memahami hala tuju baru parti, selain memberi perhatian kepada usaha memulihkan imej serta persepsi parti di khalayak umum.
"Saya tidak mahu rakyat tunggu lama, akan timbul kata-kata Umno belum berubah, akan timbul kenyataan bahawa BN seperti lama dulu. Faktor 'wow' yang saya sebut dulu masih tidak terserlah dan ini tidak baik dari segi parti kita," katanya. Berita selanjutnya… http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20090412234831/Article/index_html

Sumber Berita Harian Online.
Ulasan

Setelah Rasulullah dilantik sebagai kepala Negara Islam di Madinah, baginda tidak lagi menunjukkan keterikatan baginda sebagai ketua kutlah(kelompok)/ parti. Agenda baginda sedikit pun tidak melibatkan imej kelompok dakwah yang bermati-matian berjuang berdakwah di Mekah dalam rangka menubuhkan negara islam. Namun apa yang ditunjukkan nabi saw Sejak tiba di Madinah, Rasulullah Saw adalah kepala negara yang mengurusi umat dan pelayan umat. Baginda memerintahkan para sahabat membangun masjid sebagai tempat solat, berkumpul, bermusyawarah.. dan mengatur berbagai persoalan kaum Muslimin sekaligus memutuskan hukum di antara mereka. Beliau menjadikan Abu Bakar dan Umar sebagai dua orang pembantu dekatnya (wazir). "Dua (orang) pembantuku di bumi adalah Abu Bakar dan Umar," sabda beliau. Kaum Muslimin senantiasa berkumpul di sekitar beliau dan merujuk semua persoalan kepada beliau. Dengan demikian, beliau melaksanakan peranan sebagai seorang pemimpin negara, hakim, sekaligus komandan pasukan. Beliau mengatur berbagai urusan kaum Muslimin dan menyelesaikan pertikaian-pertikaian di antara mereka dengan menerapkan hukum Islam. Di samping itu, beliau merangka beberapa komandan pasukan dan mengirimkannya ke luar Madinah. Jadi. sejak tiba di Madinah, beliau telah mendirikan Negara Islam. Negara Khilafah ini dijadikan pusat pembangunan masyarakat yang berdiri di atas pondasi yang kokoh, dan pusat persiapan kekuatan yang cukup untuk menjaga negara dan menyebarkan dakwah. Setelah seluruh persoalan stabil dan terkawal, beliau mulai menghilangkan hambatan-hambatan fizikal dakwah di tengah jalan penyebaran Islam. Para Khalifah Islam juga meneladani Rasulullah setelah mereka dilantik untuk memerintah negara. Mereka tidak lagi melibatkan urusan kepartian melainkan sibuk menguruskan hal-hal pemerintahan/ hak-hak rakyat. Para khalifah di abad pertama, terutama dimasa Khulafa- Rasyidin, sangat memperhatikan kehidupan rakyat dan Mereka mengatur urusan-urusan rakyat, keperluan dan kepentingan mereka. Para pejabat Khalifah berjalan di pasar-pasar bertanya tentang hal ehwal rakyat dan orang-orang yang sedang mempunyai keperluan atau mereka yang bermalam disekitar Madinah, contohnya : orang Badwi, para pedagang-pedagang, orang yang kema¬langan dan terpaksa menginap. Dalam hal ini, khalifah menjamin keperluan mereka. Khalifah Umar RA. mengadakan operasi tersebut untuk mengintai, dan operasinya beliau pimpin sendiri disertai beberapa pembantunya, atau mengangkat pegawai yang me¬mimpin operasi dalam menjayakan keamanan serta memerhatii para penjahat dan memburu prilaku rusuhan dan orang-orang yang dicurigai melakukan kejahatan. Hal ini sebelum terbentuknya jabatan polis yang teratur pada zaman khalifah Ali RA. Para Khalifah membentuk kesatuan kepolisian yang bertugas menjaga keamanan, mengawasi per¬aturan dan tata tertib membenteras isu atau fitnah dan para pendurhaka(bugha’), kemudian di zaman bani Umayyah dan Abbasyiah mereka diberi tugas untuk meneliti kes-kes pidana dan memberlakukan hukuman pidana melaksanakan hukum-hukum siksaan (tazir) dan memberikan sanksi terhadap mereka yang tidak menghentikan aksi kejahatannya. Disamping itu kesatuan kepolisian bertindak sebagai pelaksanaan hukum dari hakim (qadli) 'hisbah' dan 'Mahzalim', melaksanakan arahan pemerintah, mengatur lembaga-lembaga kemasyarakatan dsb.
Mencampuri urusan kepartian dan pemerintahan merupakan satu hal yang asing dalam Islam bahkan tidak pernah wujud. Ini merupakan budaya politik barat yang telah meracuni pemikiran-pemikiran umat islam yang akhirnya masa dan tenaga para pemerintah banyak dihabiskan kepada agenda kepartian, justeru mengundang kelalaian pemerintah kepada rakyat. Tugas pemerintah adalah pelayan umat/ wakil umat bukan melayani atau mengutamakan agenda kelompok masing-masing.

No comments:

Post a Comment

FIRMAN ALLAH YANG BERMAKSUD

”Dan tidaklah layak bagi orang Mukmin laki-laki maupun bagi orang Mukmin perempuan, jika Allah dan rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) dalam urusan mereka. Barangsiapa mendurhakai Allah dan rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat, dengan kesesatan yang nyata.”
(Q.s. al-Ahzab [33]: 36)